Tuesday, July 20, 2010

er..saya jugak..


Lokasi: Rumah Sewa,Putrajaya
“weyh korang! Tunggu laa..” Sambil berlari anak mengejar 3 kawan-kawannya yang jauh ke depan.
“cepat laa skit..ko ni lambat cam siput laa” Bella dah membebel dari jauh sambil menghidupkan motor
“ha ah laa..tu laa malam-malam baru nak hidup..aktif facebook bajet macam siang jek” Aleeya menambah sambil naik motor, duduk dibelakang bella
“weyh qis!! Key moto mane??”Farisya yang setia tunggu kat scooter Qistina mula memakai helmet.
“haih..korang ni..pagi-pagi lagi dah bebel cam mak nenek laa..rilex laa ..bru kol 8.55 pagi..klas kol 9 kan? ” Kaki qistina terus menapak ke scooter kesayangannya.
“lutut kau laa nak rilex..ko bajet dekat ke dari umah nak ke kelas?jauh kot.. seb baek kelas bukan kol 8..kalo tak mau masak kite sumer tersangkut lam pesta lampu merah tu” bising Bella tanda protes
“weyh Sya!! Sambut ni!!’’Qistina melempar kunci scooter ke arah Farisya.
“Fuh seb baek dapat..terer gak an aku dalam bab sambut menyambut nih” Farisya tersengih menayang gigi sambil mula menghidupkan enjin scooter Qistina.
“heh..tengok laa sape yang melemparnye..!!”Qistina menyambut kata dengan mengangkat kedua keningnya.
“hailah~~.” Farisya, Aleeya dan Bella hanya mampu mengeleng. Pantang dapat peluang ade je ruang nak puji diri sendiri. Haih kawan sape laa ni.
“ok dah-dah..jum aku dah ready nak menuntut ilmu pada hari ini..!!pecut yok!!! ” Scooter yang ditunggang oleh Qistina sambil dibonceng oleh Farisya meluncur laju menuju ke fakulti
“weyh ati-ati!! Ko bawak tunang orang tu!!” Jerit Aleeya yang jadi pembonceng setia Bella ke arah Qistina.
“Leeya..ko tak payah laa nak jerit-jerit gitu..buat sakit tekak je..tak der nak dengar nye laa budak tu kalo dah sampai pecut cam gitu.” Bella terus menambah kelajuan motor mengejar Qistina yang sudah jauh ke depan.
“hehe ha ah ek..lupe lak aku .. ngee” Aleeya tersengih kambing bila teringat tabiat Qistina yang takkan meberi respond selagi orang yang nak bercakap dengan dia tidak panggil namanya bila nak mengatakan sesuatu. Takut kena cop perasan pulak katanya.
………………………………………………………………………………….
Lokasi: AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITY MALAYA
4 sekawan yang merangkap pelajar tahun akhir di Universiti Malaya mula berlari menuju ke kelas. Acara lari-lari ni antara perkara wajib bila munculnya hari isnin. Al-maklumlah tiga hari sebelumnya kan weekend.
“Weyh ..cepat laa dah lewat nak mati dah ni..” Qistina yang pertama dihadapan menjerit perlahan pada 3 kawan nya yang masih terkocoh-kocoh lari menuju ke kelas.
“weyh Qis..!! sebab ko laa setiap ari isnin kite akan marathon cam gini tau.” Farisya mula semput.
“heee aku tolong kau on diet je pon..ko kan nk slim cam Nasya Aziz bila ko nak pakai baju pengntin time knuri nikah ko tu kan? hehehe” sambil memperlahankan langkah panjangnya tadi.
“banyak laa kau..”Farisya menampar lembut bahu Qistina.
“hoih!! Cepat laa..potpet je laa ko ni Qis..da lewat da ni..huhu~~” Bella mengetuk kepala Qis dengan fail
Pukk!!
“D’oh !!sakit laaa”Qistina mengosok laju-laju kepalanya.
“alaaa Qis..ko tak yah laa gosok laju-laju kepala ko tu..kan nyer sakit pon..action je lebih..hahahha..dah jom!!” Aleeya memaut lembut lengan Qistina.
“hee..lex laa …kita kannyer penah masuk lewat lagi..andai kate lewat..kire first time laa kn..hehe xpe kan..?”Qistina memperkemaskan tudung dikepalanya. Farisya dan Aleeya hanya menggeleng kepala. Haih, budak-budak ni..
“banyak laa ko first time lewat..ni dah bape kli time dah tau kite lewat” Farisya cuba ingatkan si Qistina yang bajet suci tak penah masuk lewat time kuliah.
“Cuma yang beza nye..sebelum ni kite lewat time lecturer tak masuk lagi..tapi kali ni..adei..wiso gak aku..hope lecturer tak masuk lagi laa” Aleeya menambah.
“kalau laa lecturer x masuk lagi..kalo dah masuk..kiter nak kasi alasan ape..?” Bella mula menggelabah. Akhirnya empat sahabat sampai di depan pintu kelas.
“Qis..byk laa ko..! tgok..kn lecturer da masuk dowh..” Bella menyiku lengan Qis
“Hoh kau!..rilex laa..xpe..ko serah je kat aku..nanti aku tau laa nak kasi reason ape..haih ko ni”. tangannya dengan perlahan memulas tombol pintu kelas.
Tiga sekawan mula membontoti Qistina dengan perasaan berdebar dihati. giler kau tak kecut masuk kelas lewat 30 minit,nasib baik kelas sampai dua jam hari ni. dibuatnya si Daniel tu gatal tangan tekan kunci pintu macam sebelum ni..tak ke naya!!??
“er..assalamualaikum doktor..mintak maaf sebab lambat..tadi tetiba plak moto saya buat hal ” dengan nada yang penuh kesopanan dan tatasusila Qistina mereka alasan yang tak berlaku pun pagi tadi.
“hermm tak pe..g amek tempat duduk kamu masing-masing..lain kali jangan lewat lagi ke kelas saya..nota dan keterangan berkenaan subjek ni yang awak dan kawan-kawan tak sempat nak dengar dari saya..awak boleh Tanya pada kawan-kawan awak yang lain ye”
‘fuh..ni yang sayang giler ah kt lecturer ni..dah laa sweet,comel plak tu..add on plak ngn baek ati..haih~~’
Qistina menghembus nafas lega. Serentak juga dengan 3 yang lain.
“baiklah..terima kasih doktor dan sekali lagi..kami mintak maaf yer..” mereka serentak menunduk kepala tanda hormat pada pensyarah lalu menagambil tempat duduk masing- masing.
Kelas pada hari ini tamat dengan kehadiran sempurna empat sahabat tersebut. Kemudian Qistina Farisya Bella dan Aleeya menapak ke kafeteria untuk mengisi perut yang kosong sejak pagi tadi. Selepas selesai makan tengahari di kafeteria,mereka mula menapak ke parkir motosikal.Semasa perjalanan menuju ke parkir motor. Tiba – tiba ada seorang lelaki berkemeja kemas datang menemui Qistina. Dari riak muka Qistina, wajahnya mempamerkan rasa tidak senang dengan kehadiran lelaki yang datang menemuinya di fakulti.
Bella cuba merapati Qistina tetapi dihalangi Farisya dan Aleeya.
“biarlah diorang selesaikan masalah sendiri..”tangan Farisya memegang bahu Bella tanda menahannya dari meneruskan langkah ke arah Qistina dan lelaki tersebut.
“ha ah Bell..biar Qis settlekan dulu hal die dengan laki tu..lagi pun..kite bukannye kenal pun sape laki tu..Qis kan berahsia sikit kalo bab-bab cam gini” Alleya menambah tanda setuju jika Bella tidak turut masuk campur urusan Qistina dengan lelaki tersebut.
Tiga sahabat tersebut hanya memerhati dari jauh suasana yang begitu asing pada pandangan mereka. Qistina bertemu dengan lelaki yang tidak pernah mereka kenal sebelum ini. Siapa lelaki tersebut? Persoalan it uterus bermain di kotak minda tiga sahabat. otak tiga sahabat semakin giat berfikir tatkala melihat Qistina menolak jambangan bunga lili putih pemberian lelaki tersebut. Mulut terus terkunci rapai sehingga malam melabuhkan tirainya. Masing-masing membuat urusan sendiri, tapi berbeza dengan Qistina. Dia menjadi seperti orang asing sikit pada malam ini.
“weyh..asal dengan Qis tu?” Aleeya merapati Farisya dan Bella yang sedang asik menonton drama korea di laptop Bella.
“ntah..maybe pasal tengahari tadi kot .” Bella menjungkit bahu sambil trus mengunyah baki jajan yang ada di tangannya.
“tak pe..kita tunggu dia bukak mulut sniri nanti..kalo dia tak bukak gak..lam masa sejam lagi..kite g serbu dia..amacam??” Farisya yang asyik menonton cerita tadi tiba- tiba menyampuk.
“hoh!! Ko dengar rupenyer..ingat asyik sangat tengok Kim Hyung Joon ko tu” Bella mengetuk kepala farisya dengan bantal
“dowh!! Sakit laa mek!! Hehehhe asyik tu lain citer laa..tapi pasal member nan sorang tu..kena amek tawu jugak..rasa pelik tawu tak umah ni kalo budak tu tetibe je ‘mute’ . Farisya menayang gigi.
“heh bajet comel laa tu tunjuk gigi yang kuning tu..”Aleeya menokok sambil tangan mencapai mug berisi air milo.
“herm…ok gini..klo lagi sejam dia tak bukak mulut gak citer pasal drama misteri tengahari tadi..kite terjah eh..setuju?”Bella mengemukakan cadangan sambil matanya memerhati lembutsekilas pandang ke arah Qistina.
‘haih..asal ngn budak ni..tak penah story pon kt aku psl dat boy??hermm..xpe..nanti aku korek cukup-cukup nanti’ bella mengerutu dalam hati.
“wokeyh!! Setuju sangat dah tu!!” Aleeya dan Farisya serentak setuju dengan cadangan Bella tadi.
………………………………………………………………………..
Satu jam telah berlalu. Qistina masih diam dan masih melayan perasaan atas toto di kamarnya. masih lagi tiada tanda-tanda untuk memberi penerangan kes tengahari tadi. Tiga sahabt yang setuju untuk menemui qistina selepas satu jam berikutnya,mula mengorak langkah ke kamar Qistina.
“assalamualaikum tuan puteri Qistina Aryssa binti Ishak” serentak tiga sahabat member salam sambil mengambil tempat duduk masing –masing di depan Qistina.
“weyh..ko pesal??mute jek dari balik dari petang td?” farisya memula sesi terjah. sambil bersila tepat didepan Qistina.
“ha ah..pelik aku..selalunye..ko laa yang bising-bising kalo ade citer baru macam td..opsss!!” Aleeya terlajak sudah.
Qistina bangun membetulkan duduknya dari pembaringan lalu mengadap tiga sahabat kesayangannnya.
“Qis..sape dak laki tadi..comel jek aku tengok..tapi..yang aku pelik tu..asal kitorang tak kenal pon dak tu..bahkan..xpenah dengar ko story pon pasal budak tu kat kitorang”Farisya mula menyoal panjang .
“oowh..pasal tengahari tadi eh..heee sori..yeke aku tak penah citer kat korang?..rasa cm penah je..”Qqistina menggaru kepala yang tak gatal.
“banyak laa ko citer..kalo ko ade citer..tak de laa kitorang meh terjah ko and tanya soklan cam gini kat ko..dah laa siap mute jek sepanjang balik tadi” Bella mula tak puas ati bila qistina macam main tarik tali. Macam tak nak citer je ngan diorang.
“ha ah laa Qis..ko mana ada citer kat kitorang pasal dat boy..” Aleeya mengiyakan kata Bella
“hang kalo ada probs..no matter what masalahnye..story laa kat kitorang..”Farisya menempuh lembut bahu Qistina..
“ha!! Betul tu..even kekadang tu..kitorang boo layan je ngan story ko..tapi at least kitorang dengar gak kan..kan??”bella mula sejuk hati bila melihat riak wajah qistina yang makin megerut dahi. Haih berat sangat ke masalah ko qis??!!
“hermm ..xde ape sebenarnye..”Qistina mula membuka mulut sambil memeluk bantal peluknya.
"aku nyampah betol laa dengan ko ni Qis..sokmo je cakap 'tak ada ape sebenarnye'..klo tak ade ape..asal muka ko mcm muka bangunan tak siap jek?" Aleeya mengetuk lembut kepala Qistina dengan patung spongebob.
“muka gila cute macam ni pun ko cakap mcm bangunan tak siap!!" Qistina membulat mata ke arah Aleeya dan aleeya hanya mampu tersengih.
"almost laa..hehe" balas bella.
"okeyh2..gini..aku akan citer dari A sampai Z..dengan syarat..korang jangan menyampuk tau..nanti aku lupa jalan citer nye..amacam..setuju?” qistina bersyarat.
“baik..baik ” .3 sahabat yang lain mengangguk laju sambil ketawa mengisi ruang kamar Qistina.
………………………………………………………………………
Flash back
Suatu hari di Mid Valley Kuala Lumpur. Qistina keluar seorang diri hari ini.kerana yang lain masih lagi membuta di rumah..yelaa weekend,sape yang nak bangun awal-awal kan?melainkan aku jek..hehe >_<
‘hermm masuk lovely lace kejap ar..cari perfume oil..’ kakinya mula menapak ke kedai yang dimaksudkan.
“bape kak sumer ni?” qistina mengeluarkan not rm20
“rm15 dik..terima kasih” cashier mengulum senyuman manis buat qistina sambil tangan menghulur baki wang pada qistina.qistina memasukkan baki wang ke dalam purse dan mula beredar dari kedai tersebut. Tidak sedar ada sepasang mata sedang memerhati kelakuannya sejak awal dia menjejak kaki ke dalam kedai tersebut.
“er..miss!! miss!!” tiba-tiba suara seorang lelaki menjerit ke arah qistina.Tapi Qistina tidak mengendahkannya.
‘dia bukan panggil aku pun yang aku nak sibuk-sibuk nak toleh tu pesal..kang tak pasal-pasal kena cop prasan kang..free je..’qistina meneruskan langkah nya menuju ke kedai ‘ La Bahome’ kedai roti yang selalu menjadi tumpuan pengunjung mid valley.
“cik..” tetiba seorang lelaki dengan berani nya menyentuh bahu Qistina.Seperti terkena renjatan elektrik,Qistina menoleh ke belakang.
‘wah-wah..beraninye pegang bahu aku..ingat aku ni ape ke main pengang-pegang bahu segala!! memang ar berlapik..tapi bajet laa aku perempuan..muslimah pulak tu..haih!!’ Qistina menyumpah dalam hati sambil badan pusing ke belakang untuk melihat gerangan sang adam yang berani mati meyentuh bahu aku yang berlapik ni.
“hoh!!?? Nape encik??saya ada hutang ngan encik ke?ni asal tak nak lepas bahu saya ni..bahu saya ni..encik punyer ke??”bertubi-tubi soalan yang keluar dari bibir comel milik Qistina sambil matanya memandang tajam ke arah tangan yang masih tak reti-reti nak angkat dari bahu qistina.
“er..owh sori..sori cik..tak ..ni..” lelaki itu seperti terkejut seraya menjatuhkan tangannya dari bahu Qistina. Ye laa mana taknye disembur dengan persoalan yang mendesingkan telinga walaupun perbuatan tersebut adalah tidak sengaja.
“ape?”qistina menjarakkan sikit dirinya dengan lelaki tersebut. 'laki ni gagap ke ape..gelabah semacam jek’
“tak..ni..barang cik..tadi saya cuba panggil cik dari kedai lovely lace tadi..tapi cik tak respond..jadi saya terus kejar cik ..dan..er..saya terpaksa sentuh bahu cik..untuk panggil cik..maafkan saya..kalo saya keterlaluan..” lelaki tersebut menyerahkan barang tersebut sambil menundukkan kepala tanda kesal.
“oowh ye..??awak panggil saya ke..heee sori..”qistina menyambut plastic bag yang dihulurkan lelaki tersebut sambil mata melihat ke dalam beg plastik yang baru saja berpindah tangan.’ haih..cam ner laa aku leyh terlupa benda nih..’
“er..awak..terima kasih eh..sebab pulang kan benda ni pada saya..er..lagi satu..maaf kalo saya terkasar bahasa” Qistina memaniskan wajah sambil menguntumkan senyuman ihklas buat lelaki yang telah memulangkan barang yang Qistina tertinggal di kedai tadi.
“Oowh xpe..oowh ye..saya uwais rizq..panggil jek Is..awak?”lelaki tersebut mula memperkenalkan diri.
“oow..hermm nak kena tawu gak ke nama saye? adei”qistina memandang wajah lelaki tersebut.
baru dia perasan.’comey nye budak ni!!! Macam Lee Hong Ki laaa..hoho~~’hatinya mula teruja. Qistina memang pantang nampak benda-benda yang comel..tak kira laa benda tu manusia yang merangkap lelaki mahupun perempuan.mesti dia akan teruja dan wajahnya akan automatic akan ‘blushing’.
‘eh..budak ni..asal tetibe jek blushing..takkan nk gitau nama pun blushing..tapi xpe..comey!!..muka macam’matanya mengamati wajah polos milis qistina. Kagum pada ciptaan maha karya Pencipta yang satu ini.
“eh..nape awak tengok saya gitu..lubang idung saya ade tiga ke?hermm..nama saya..qistina aryssa..panggil jek Qis”qistina melarikan pandangan bila matanya bertaut seketika dengan uwais rizq.
‘’Hermm okeyh laa awak..hal kite dah settle kan?saya mintak diri dulu ek..nak jalan-jalan lagi ni..k caw n assalamualaikum!!’’qistina mula mengundur diri dan berlalu dari situ.
“hermm okeyh..baik laa..tapi..jap..hermm awak..”
“yup” Qqistina menoleh ke belakang dan mengadap Uwais Rizq
“er..kalo awak tak keberatan..boleh saya mintak nombor fon awak?”
“hoh??!! Hermm no fon?hermm cam ne eh? hermm cam gini laa no fon saya ni..terlalu privacy untuk saya bagi pada awak yang baru jek saya kenal a few minutes ago..jadi saya harap awak faham ye” . Qistina menguntumkan senyuman.
“oooww hermm..tapi..boleh tak kalo saya nak terus keep in touch dengan awak?maksud saya..kenal dengan awak lebih lagi..er macam mana ye”uwais masih belum putus asa.
“hoh!!??” bulat mata Qistina bila dengar statement Uwais Rizq.
’budak ni nak ngorat aku ke..gilak aku pikir cam gitu..hehe’ qistina menahan ketawa dalam hati dengan statement perasannya sendiri. ’haih perasan plak aku..hermm bagi je laa emel aku..bukan nye ada ape-ape pon..kawan je kan?’Qistina cuba menyedapkan ati
“hermm ok..gini laa ek Is..saya kasi emel saya ke awak..kita boley sembang-sembang lebih kat Ym ke..facebook ke.. ok..tak pe kan?”Qistina menulis alamat emelnya di resit pembelian barangnya tadi. Uwais rizq pula mengeluarkan business card dari dompetnya.
“nah..”serentak kertas dan kad bertukar tangan.
‘’baiklah..saya mintak diri dulu yer..” sekali lagi qistina minta mengundur diri. Tetapi Uwais Rizq seperti tidak mahu melepaskannya pergi.
’macam magnet plak awang ni..mana aku pergi dia ikut..aku u-turn..dia pun u-turn gak..agak-agak kalo aku masuk lafies..die ikut tak ek?? haih..nak sentap aku ke?’. qistina mula risau. 'tapi takkan laa muka gila comei macam ni peragut kot? pakai bukan main smart g..ala-ala korea gitu..all white ngan topi Jason mraz kat kepala..plus ngan bau perfume hugo boss lagi..xkan kot..hermm..haih!!’ monolog dalam qistina kian hebat.last sekali..qistina membuat keputusan dan…
“hermm..wait a minute! Is..asal awak ikut saya shopping then ikut lepak ngan saya kat lagi..dah tu siap bersila depan saya lg..ganggu laa saya nk baca komik..haih” komik di tangan diletakkan di atas riba dan mata menatap wajah Uwais Rizq ,tanda tak puas hati dengan tindakan uwais rizq mengekorinya ke mana jua selepas mereka saling bertukar pengenalan.
‘’xde pe..saje je..tetibe je rasa cam nak jadi angel a.k.a body guard..tu...macam lam komik,buku yang awak baca tu” uwais rizq tersenyum sambil mengenyit mata pada qistina.
‘hoh!! Bajet aku budak kecik yang lost kat Mid Valley ke, yang ko nak protect-protect segala?!!’ tapi kata-kata tu hanya tersekat di tekaknya saja.
“hailah(mengeluh) Is..saya da besar laa even saya ni..nampak jek kecik.. tapi saya tawu laa camner nak jaga diri saya..lagi pun..kan ke tadi, saya datang sini sensorang..?”Qistina meraup mukanya..tanda penat dengan keletah Uwais Rizq.
Tiba-tiba Qqistina bingkas bangun. Uwais Rizq turut bangun
“awak nk ke mane?”
“saya nak gi tandas..nak ikut gak ke..?
"er..kalo boleh..then i will.." uwais menayang muka innoncent
'ya Allah..anak sape laaa ni..?' gerutu qitina dalam hati
uwais rizq a.k.a angel merangkap bodyguard saya kononnye laa..saya nak pegi ke kaunter laa..nak g bayar buku ni..bajet free ke?"qistina terus menuju ke kaunter tanpa menghiraukan Uwais Rizq yang mengikutnya di belakang.
……………………………………………………………………
“hoh!! Gile ape mamat tu..ikut ko..die tak keje ke yang nak ikut ko je memanjang?” Aleeya protest nada dia juga turut rimas dengan uwais berdasarkan cerita Qistina tadi.
“ntah..semak gile aku rasa..haih..kalo aku jadi ko..dah lama aku sepak laju-laju budak tu..”Bella turut merasakan perkara yang sama
“hahahhahahha alaa qis tu…aku rasa die pun cam ko jugak kot bella,bila mamat tu buat cam gitu..tapi aku rasa..qis tak sampai hati nye lahh” Farisya mula tersengih kambing bila dia mula merasakan sesuatu.
"erk?? asal lak tak sampai hati" Aleeya buat muka puzzle.
“hahhahahah ofkos laaae..sebab dia comel sangat dowh..muka giler innpcent bai ..tak sampai ati aku nak sepak die!!” Qis mengiyakan telahan Farisya.
“see..kan aku dah cakap..tak kan samapi ati punya laa” Fairsya tersenyum bangga
“heh”bella memeluk tubuh.manakala tiga sabahat yang lain mula meledakkan ketawa yang tersimpan.
“ooow..aku paham dah sekarang ni..kirenye..mamat yang datang jumpe ko kat fakulti tadi tu..uwais laa ek?? Tapi asal ko macam xsuke je..and bunga lili yang die kasi pon ko tolak..nape?bukan ke bunga lili tu febret ko..kan?” Tanya Aleeya.pelik dengan peristiwa tengahari tadi.
“hermm ha ah..aku xsuka ngat bab-bab jumpe-jumpe nih..flash back yang aku citer kat korang tu..dah 5 bulan lepas punya laaa..ngeee ”qistina membetulkan duduk.
“weyh!!sampai ati kot..ko peram citer ni sampai 5 bulan dari kitorang!!” Farisya dan Bella terkejut dengar pengakuan dari Qistina.
“hee sori laa ter-ter sekelian..aku bukan saja nak perap pun..lagi pun..aku ngan Is tu..kawan jek..mana ad lebih-lebih..Cumanya..semalam..dia ada called aku and confessed feeling kat aku..so sebab tu aku mcm serabut and ditambah plak dia datang sendiri ke fakulti untuk jumpa aku..so aku xsuka laa..siap bawa bunga2 lagi..tak mau laa aku..malu dow”
“Uik..camner plak die ley dapat no fon ko qis..kan ker ko x bagi no.fon ko ka t die ??” bella rasa pelik.
“lahh ko ni..kan aku ad kasi emel aku kat die..pas tu..kitorang sokmo YM..dari situ laa dia dapat fon aku..aku treat dia cam member-member yang laen gak laa..lepas 3 bulan kitorang kawan..aaa”
“eh..qis..jom sambung citer ko kat depan..bosan laa dok lepak bilik ko”Aleeya yang tengah focus dengar citer dari qistina tiba-tiba mencelah.
“haa ok gak tu..korang gerak lu ke ruang tamu..aku nak g wat air sikit..baru laa cm dengar citer betol..hahaha” Farisya mula menapak ke dapur. Manakala yang lain pulak mula meninggalkan kamar Qistina.
“buat kaw-kaw skit eh..hehe”bella demand
“hoih..bajet kedai mamak ke nak kaw-kaw nih..hahahha don’t worry laa ofkos laa macam biasa..leeya..ko tolong laa aku eh..ko amek kopok kat dalam almari makanan tu bawak ke depan” Farisya menjerit dari dapur.
“okeyh beghehhh!!”aleeya menukar arah kaki ke dapur. Manakala Bella dan Qistina pula mengambil mug-mug minuman lalu dibawa ke depan.
“okeyh siap..dah..cepat sambung citer tadi qis” Alleya duduk lalu membuka palstik makanan.
“hahha okey-okey..tapi tadi..aku stop kat mane ntah..lupe ar..”sambil meneguk air milo ais yang baru dibuat Farisya.
“ko ni kan..mamcam mak nenek laa.pelupa betol..aaa tadi tu..ko stop kat camner ko bleh kasi no fon ko kat uwais tu laa ..haih~~!!” kata farisya sambil sambung menuang minuman ke mug yang lain.
“oooo..owh!!kat situ..ha ah…okeyh2..ok..pastu..xpe laa pas 3 bulan kitorang kawan..dia mintak laa no fon aku..katenye..asyik Ym je..lagi pon..dia da kasi no fon dia ke aku..Cuma aku je yang belom kasi ke dia..pastu..aku rasa cam serba salah gak laa an..pastu dia kata lagi..aaa"
“eh jap..no fon die tu..yang ad kt business card tu eh??”aleeya menyampuk tiba-tiba..
“ha ah..kat situ laa..lagi pun..aku ngan dia Ym time malam je..sebab dia free pun time malam je..siang die keje..huhu so sebab tu laa dia nak no fon aku..nak jugak dia call aku time siang and dengar suara aku..lagi pon die kate..bukannye setiap hari die dapat online..sibuk katenyer..”
“eh qis..uwais ko tu..keje ape?”farisya menepuk pelahan paha qistina
“hermm ntah..executive mende ntah..ko paham-paham je laa..aku bukan minat sangat anak amek tahu pasal biodata orang..sekadar tahu nama dah laa..buat semak otak je nak simpan info yang lain..hehhee”
“kaya tak weyh..eheee”bella mengangkat kedua-dua keninnya.
“eh korang ni..banyak soal plak..nak dengar citer aku ke tak..kang aku tak citer..cakap aku buat tapai kat luv story aku plak!”protes Qistina.
“hahhahahhahhhaa!! Love story ko ley wt tapai eh qis..?ngek laa ko..ade ke plak tapai..pilih laa word yang lain..haih” tiga sahabat yang lain terus ketawa.
“heee..yelaa..dah tadi korang cakap aku peram citer sampai 5 bulan tu ape?? So aku guna laa word tapai tu..ok what?”Qistina menghirup untuk sekian kalinya minuman.
“eh..ko minum air aku laa qis!!” Aleeya menjerit tiba-tiba bila Qistina minum dari mug aleeya.
“eh yeke…ingat air aku tadi..heee xpe..sya wat air banyak malam ni..kan sya kan?ngee”qistina menayang gigi.
“weyh korang ni..banyak songeh laa ..qis..cepat laa citer” Bbella dah tak sabar bila cerita yang nak sangat nak tahu asyik terganggu saja.
“ok2..aku sambung balik..benti kat mane ntah tadi..lupe arr..”
“eh..ko ni kan..nak kena pelekung kot bru nak ingat” Farisya dah angkat tangan tanda nak cepok kepala Qistina.
“hehhe sori-sori..aku ingat dah..aku ingat dah..hehe..ok samabung balik..so..aku pon kasi laa no fon aku kat die dengan syarat..kalo die nak kol aku once a week..then bila die dapat je no aku..terus die kol aku..die kata..takut aku nipu..”
“heh..ad ke plak gitu”bella menyampuk
“hah ah tu laa..terkejut gak aku bile die cakap cam gitu..pastu aku ckp kt dia..kita sembang via Ym laa..segan laa cakap kat fon..then die setuju..pastu..kitorang smabung laa ber’YM’. pastu an setiap hari sabtu malam..die akan kol aku..lama gak kitorang sembang..tapi aku tak penah laa pulak rasa nak kol die..ngee..yelaa.aku kannye ade sebab pon nak kol die kn? Adri aku kol die..baik aku kol umah aku..hehe”
"oow Is ke yang kol ko..patut laa asal ari sabtu jek..msti ko alri ke ampaian belakang umah..cakap telefon..aku penah gak skodeng..tapi xdengar patah haram..hhehe" Aleeya mula mengimbau fakta.
“Heh..ko memang gitu..jual mahal..mamat tyu dah laa comei..kaya plak tu..yang ko nk tolak tuha tu nape..trima je laa”farisya mula membebel.
“hee leeya..ha ah laa tu..hee..weyh bell..xde laa bukannye ape..aku macam serik laa..ko tak baca paper ke..orang laki zaman sekarang ni..bukannye leh percaya sangat..kadang-kadang ayat budak-budak pompuan semata-mata nak ‘makan’ body diorang jek…so aku tak nak laa gitu..aku tak nak laa nanti aku pun akan tergolong lam golongan dak perempuan tu..huuu ”
“hermm ha ah ek..tapi kan qis..aku tengok mamat tu…cam baik je..sopan je aku tengok..siap senyum lagi kat kitorang tengahari tadi.” Bella cuba meyakin kan Qistina.
“hermm ntah laa aku pun sebenarnya..tak sure ape feeling sebenar aku kat die..tapi yang pasti..aku selalu tingat kat mamat tu..er..teringat tu..tak sama ngan rindu kan?” qistina menggaru kepala yang tak gatal.
“ha ah..kalo teringat selalu tu..bukan rindu namanya..tapi angau dowh”Aleeya membaling bantal ke arah Qistina.
“huh..ape pulak angau nye..aku tingat-tingat cam gitu je laa..” sruuppp!!..air milo ais yang dibuat Farisya tadi dihabiskan hingga ke titsan akhir.sedap.
”hermm ye la tu..nafi laa setakat mana kau nak nafi Qis oi..nanti bila dah tahap membara cinta tapai kau tu baru kau tahu..buatnye time tu..si Is dah gi cari orang…gigit kaki kot ko time tu..tak sumer laki macam si Raziq bongok tu laa ”. naaa bella dah kasi keluar warning dah.
Tiba-tiba ringtone ‘baby I belive’ dari blackberry hitam qistina berbunyi
‘lee hong ki calling’
“leeya..bell..sya…tolong jawab jap kol tu..ckp aku g tandas eh..pleaseeeee” Qistina dah buat puppy eyes dah..
“haih..budak ni..memang nak kena cepuk laju-laju laa..dah suka tu..cakap je laa suka..dah..gi jawab fon tu.” Aleeya da bising.
“alaaa tolong laa..kali ni jek..ea??” Qistina dah melutut di kaki bella.
“yela..yela..aku jawab..” dalam hati Bella..hehehe tengok laa aku nak wat ape..
................................................................................
Lalu bella mencapai blackberry hitam milik qistina aryssa dan memlukan perbualan dengan uwaiz rizq.
“assalamualaikum..qis..”Uwais di talian memberi salam.
“hello ye..wa’alaikumussalam..Is..ni Bella..kawan Qistina..”
“Oowh..bella. boleh saya cakap dengan Qis tak awak..?”
“Hermm..Qistina tak ade..dia bru je gi tandas tadi..time awak kol tadi.”
“Oowh yeke..hermm tak pe laa kalo gitu..tapi..rasanye saya tahu..qis pura-pura gi tandas je kan?qis cuba elak dari saya kan wak?“suara uwais kedengaran hampa.
“hermm ntah laa Is..saya pun tak tahu pi’il si Qis ni..hermm kalo xda apa-apa.. okay laa Is..assalamualaikum” bella mengakhiri perbualan tersebut sambil mahu menekan button end call
“eh awak..bella!! kejap..” uwaiz terjerit kecil bila sedar bella cuba mengakhiri perbualan.
“ye..ye saya ad lagi..kenapa..haih awak ni..”bella mlekap kembali blackberry ke telinganya.
“hermm..saya nk mintak tolong sikit ley x..boleh tak..er..kalo awak tolong sampai kan pesanan saya pada qistina aryssa?”
“insyaAllah..saya cuba..haaa ape..cakap laa” Bella sudah tersenyum nakal sambil mengangkat kenin pada Farisya dan Aleeya.
“hoih..ko nak buat ape??!!”Qistina membulatkan matanya sambil terjerit perlahan pada Bella lalu membaling bantal ke arahnya. Mujur bella sempat mengelak.
“er..Bella..awak tolong cakap kat Qistina..” Bella menekan button loudspeaker
“yang saya rindu sangat kat Qistina Aryysa” Qistina tak menyangka yang bBella akan buat loudspeaker macam gitu.
‘budak ni..memang nak kena sembelih ngan pisau tumpul la!!!’ muka Qistina mula memerah.malu dengan confession berani mati lelaki bernama uwais rizq pada temannya.
Suasana rumah malam itu menjadi sepi..yang hanya kedengaran, hanya lah suara Uwais Rizq di sebalik corong blackberry hitam milik Qistina.
“Wak..ckp kt Qis ye..yang sy nak serious ngan die…saya tawu dia takut nk berkapel lagi..”
“Tapi kan wak..saya janji..saya janji ngan Qis..saya takkan pernah sakitkan hati qis..awak tolong cakap kat dekat qis ye..and saya …rindu sangat nak cakap dengan die..saya tawu..saya takkan berpeluang cakap macam ni kalo dengan Qis..”
“Awak..cakap pada qis ye..yang saya mintak maaf sangat-sangat kat die..kalo betul mmg salah saya menyayangi dan mencintai Qistina Aryssa sepenuh hati..” seisi rumah terpempam dengan kenyataan Uwais Rizq tadi. Terasa kejujuran dan keikhlasan hatinya mencintai Qistina Aryssa.
“Awak… tolong ye…?”uwaiz mengakhiri perbualan malam tu dengan salam.
“hah..! ko dengar tu qis..aku yang dengar ni..naik cair tau..” Bella mengembalikan blackberry hitam pada Qistina.
“ha ah laa Qis..i.allah..yakin laa Qis..mungkin Is ni memang jodoh kau ..sape tawu..” Aleeya mengurut perlahan bahu Qistina.
“hermm dah laa korang..biar Qis relax kan otak dan hati die dulu..tp kan Qis..aku hope sangat ko dengan di Uwais tu..okey pe ko ngan dia..nanti ley dapat baby comel” Farisya tiba-tiba menyampuk
Qistina yang terpempan seketika tadi tanpa sedar air matanya berlinangan jatuh. Dia sendiri tidak pasti air mata itu untuk apa. Kerana luahan hati uwais atau sebaliknya. Tapi yang pasti. Qistina aryssa sudah nekad. Nekad yang dia akan berterus terang dengan uwais rizq walau apa jua keadaan sekali pun.biar pun dalam keadaan dirinya tidak bersedia. Tetapi nekadnya bulat. Ada perasaan indah mula menyelinap dalam hati. satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata.qistina aryssa tahu bahawa hatinya turut mencintai secara diam lelaki itu bahkan sejak kali pertam mereka bertemu.Cuma hatinya sering meningkah rasa yang hadir.
Dalam menghadapi situasi ini,hati kecil qistina merintih pada yang maha Esa.
‘Ya allah..apa hatiku memang tidak mahu menerma cinta sang adam lagi kah??Apa benar sang adam kali ini tidak akan menyakiti hatiku seperti makhluk adamMu yang penah aku cintai sepenuh hatiku sehingga melukakan hatiku sendiri akhirnya??’
................................................................................
Qistina meraup perlahan wajahnya sambil merapi ikatan rambut agar sentiasa kelihatan kemas. lalu mengemaskan lipatan kaki. Hanphone blackberry kesayangannya dicapai.mencari nama sang adam yang berjaya menemui kunci pintu cintanya buat kali kedua. Uwais rizq.
“assalamualaikum..Is..” suara getar qistina sukar untuk disembunyikan.
“Qistina..er..wa’alaikumssalam.” Uwais Rizq yang tidak dapat lelapkan mata sedikit tersentak bila di screen iPodnya tertera nama qistina aryssa.
“is..sorry sebab tak jawab kol awak tadi..er..saya ganggu awak tido ke?”qistina memulakan perbualan. Terus cuba sembunyi getar di dada
“eh..tak..awak tak ganggu pun..pasal tak jawab fon tadi tu..so k..tu hak awak kan..?lagi pun..awak call saya semula kan..terima kasih” senyuman melebar diwajah Uwais Rizq.
“Is..yang pasal awak cakap ngan bella tu..sebenarnya..er..hermm bella ada buat loudspeaker sebenarnya..jadinye saya dapat dengar sumer confession awak tadi”.
Uwais Rizq terdiam. sungguh dia tak tahu bagaimana mahu respond saat Qistina Aryssa memberitahu perihal loudspeaker tersebut. Nak marah?tak..tapi dia rasa senang pula dengan tindakan bella. Kalau tak..mana mungkin Qistina akan telefon dia malam ni.
“Is..herm..saya tak tahu macam mana nak cakap..tapi satu yang pasti..er..tentang ..er..” qistina tiba-tiba hilang perkataan.
“Qistina Aryssa..benar hati saya mencintai kamu dan saya ingin hidup bersama kamu selamanya”uwais memperkemaskan duduk tatkala melafazkan kata-kata tersebut. Qistina ditalian menjadi terkedu.wajah merona merah.rasa bahagia mulai mengebu dalam hati.
“uwais rizq..er..saya jugak…johahaeyo~”
Kedua dua nya menjadi terdiam beberapa seketika. Uwais rizq mengerti maksud Qistina Aryssa. Kerana dia sendiri turut menonton drama korea.sarangheayo..aku mencintai kamu. Menyedari makna tersebut.Uwais Rizq makin tersenyum lebar.rasa macam nak melompat tinggi-tinggi pun ada.
“kita kawen!! Nak?”
“hah!!??kawen?”melopong luas mulut kecil qistina bila terdengar cadangan uwais rizq.
“yup kawen..kalo boleh..jap g jugak saya hantar rombongan meminang ke rumah awak”
“uih..jangan nak mengarut laa.jangan main-main laa Is” qistina masih terkejut dengan lamaran spontan uwais rizq. ‘huh tak romantik langsung. Ade ke melamar cam gitu jek’. Qistina mengeluh perlahan diikuti senyuman yang tak lekang dari tadi.
“qis..saya serious dengan awak..saya mahu awak jadi ibu kepada anak-anak saya nanti..saya mahu..awak laa yang menjadi bidadari saya disyurga kelak.saya tahu..mesti awak piker saya main-main kan?tak qis..saya serious..serious nak ambil awak jadi isteri saya..”.qistina terkelu bila uwais rizq benar-benar memaksudkannya.
“Nur Qistina Aryssa Binti Ishak..will you marry me,Muhammad Uwais Rizq Bin Haji Razali?” getar suara uwais rizq menyapa lembut telinga qistina aryssa. Tanpa disedari,kepalanya megangguk perlahan.
“yes..i do.."
"is..terima kasih sebab terima qis seadanya..” balas qistina sambil menyengka air mata yang mengalir perlahan di tubir mata. Terharu dengan nekad dan kesungguhan uwais rizq.
Malam itu, pasangan kekasih yang baru saja memeterai kisah cinta dibawah cahaya purnama tidur diuliti mimpi indah. Masing-masing tersenyum bahagia dek kerana bahagia yang datang menghiasi diri.
::ABESS DA..THX SGT..SBB SUDI BACA PAI ABES..^_~)V:::

Monday, February 1, 2010

Sesungguhnya

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

my fav song now on..ehee