Sunday, September 6, 2009

ternyata bukan kamoo 3

27 march..pagi
Rombongan yg ditunggu telah kunjung tiba..hatiku semakin bergendang gila
Lagu ape?aku pown tak tahu..sumer dah bercampur aduk. Aku tak turut serta dalam perbincangan tu..haisyhh..malu laa nak turun dengar sekali orang2 tua dok sembang sal kitorang. Aku ngendap2 je la dari celah pintu..hehhe nak cari tubuh milik Adam.hermm yang mana 1 ek??er..mamat tu ker..waaa comelnyer..comel lagi dari dalam gambar laa!! tudia sheikh gatai dah maghi dah..hua hua hua.
~adam darwis~
Dari jauh,Adam juga cuba mencari wajah ayu plus cute milik fira a.k.a mai....’alaaa tak turun ke??huuu..tapi..apsal aku rasa cam ade orang dok usha aku je ni..?eh jap..sape yang mengendap celah2 pintu tu..’ mata Adam dongak ke atas. ’die ke?’ Adam Darwis cuba mengecam wajah yg terselindung dibalik pintu tingkat atas rumah agam tersebut. Walaupun tak nampak jelas empunya wajah dibalik pintu tersebut,Adam yakin..’pasti fira’. Adam menghadiahkan senyuman ikhlas pada Safira Umaira.
’erk?!dia senyum kt aku??dia nampak aku ek??adess kan dah kantoi..tu laa usha mamat tu lama sgt..huhuhu' terkebelakang safira Umaira selepas terima senyuman dari Adam Darwis.serta merta muka Safira Umaira mula memerah. Malu.
Setelah perbincangan kedua-dua belah pihak dan masing-masing telah capai kata persetujuan. Tarikh akad nikah ditetapkan. Majlis pertunangan lak dijalankan pada pagi yang hening itu. Cuti aku terpaksa lajakkan lagi..memandangkan tarikh akad nikah jatuh pada 4 April ni. Hermm cepat nya masa berlalu. Kirenyer..aku ada tempoh 1 minggu lebih juga la utk aku berkenal rapat ngan Adam..hermmm moga cintanya milikku dan begitu juga dirinya. risik -risik menanyakan profile milik bakal suamiku..rupanya adam bekerja sebagai arkitek di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
4 April..hari akad nikah..
majlis yang diadakan di masjid berdekatan.sanak saudara yg terdekatt dijemput bagi memeriahkan majlis.sederhana dan simple. Itu yang dapat aku simpulkan keadaan majlis yang penuh barakah itu.insya Allah.
Aku mengenakan jubah kain satin warna putih gading yang melambang kan kesucian.begitu juga Adam..dia juga mengenakan warna baju yang sama.kerana itu pilihan kami sebelum hari akad nikah. Simple but nice. Jubah ni pun..dia yang pilihkan.. baju dia lak??gabungan idea kitorang berdua laa..sepakat membawa berkat la katakan..ahaks
Di dalam rumah Allah yang mulia itu,aku bersama mama yang setia berada disisiku dari tadi. Di bibir mama sentiasa dihiasi dengan senyuman. Mungkin resah dihati kini dah terubat. Bakal besan mama a.k.a bakal ibu mentuaku,puan hajjah Khadijah Berahim pun turut ada disisiku. Menyentuh lembut tanganku sambil matanya menatap lembut wajahku. Terasa ikatan mawaddah disebalik pandangan hening itu.tanganku membalas sentuhannya sambil bibir mengukir senyuman.
Mataku kembali tertancap pada susuk tubuh milik Adam yang sedang mendengar khutbah nikah oleh papaku merangkap kadi yang akan mengakadnikahkan perkahwinanku. Itu adalah permintaanku sendiri pada papa. Dan papa pulak tidak sama sekali terasa keberatan bahkan terasa bangga kerana dapat mengakadnikahkan sendiri anaknya. andai dikiria-kirakan,berapa kerat orang sangatlah zaman sekarang ni yang diakadnikahkan oleh bapa sendiri.
’Segaknye dia hari ni..’aku kembali menundukkan wajahku bila Adam tiba-tiba je memandang ke arahku.huuuu malu..
“Aku terima nikahnya,Safira Umaira binti Razali dengan mas kahwinnya rm312 tunai..”hanya dengan sekali lafaz Adam Darwis bin haji Ishak melafazkan akad nikahnya bersaksikan seluruh warga masjid pada pagi yang hening itu. Alhamdulillah sah sudah hubungan suami isteri antara aku dan Adam mulai hari ini.
Di satu sudut,
Safira Umairah tidak menyedari air mata panas mengalir di bening matanya. Sunnguh aku sendiri tidak tahu air mata apakah itu. Sedih atau gembira,semuanya telah berbaur. Apa yang aku tahu sekarang kehidupanku kini telah hampir lengkap dengan kehadiran seorang lelaki yang bergelar suami, Muhammad Adam Darwis bin Haji Ishak. Seorang lelaki yang tidak pernah aku temui dan kenali kini akan berkongsi hidup denganku. Semoga berkekalan. Dalam diam, hatikuberdoa. Mengharap.
Misi pencarianku sejak dibangku sekolah menengah lagi telah tercapai. Semuanya gara-gara Puan Maria Ariana n Tn.Hj Razali yg bersusah payah meng’google’ diri cari bakal suami utk diriku. Nak harapkan diri sendiri yg cari..hermm hampess..bkn cari pown..yang aku tahu..tulis sajak jep..dok bertanyakan..siapakah tulang rusukku..apakah dia..tapi..usaha??hermm yellek!!kosong lorh..yang hanya pernah hadir dalam hatinya hanya satu.Taufiq Hakimi.
---------------------------------------------------------------
”Mai ! Mai! Bawa besen – besen ngan segala jenih periuk ni ke belakang. Pak ndak and geng nak tonyoh semua tu tau!!”
Aduss mak ngah ni..kalo yer nk suruh pun,jangan la jerit kuat sangat,baik guna microphone surau jep.huhuhu
Walaupun aku raja sehari hari ni,walau aku yang diraikan hari ini,namun aku tidak betah duduk dan lihat sahaja orang lain buat kerja. Selepas selesai sesi fotografi. Aku terus terjun join makcik – makcik aku yang sibuk mengemas selepas kenduri. Adam?aku pown tak tahu dia ke mana.seganlah nak berkepit ngan adam je.cukuplah setakat sesi fotografi aku dah berkepit sakan dengan adam. mungkin dia ngah sembang ngan saudara-mara serta rakan taulan yg masih lagi datang mengucapkan tahniah kot.hermmmm
Hermmm nasib baik makanan untuk kenduri..kitorang tempah catering,kalo tak..tak tahu laa huhuhuuh mau naik tokang pecah la umah ni jadinyer..Aku tersenyum riang sambil kaki aku melangkah ke belakang rumah,tempat sesi membasuh dijalankan.hehehhe memang meriah. Tambah meriah dengan ade nyer Mbok Miah yang kuat melatah. nak lagi ada yang suka mengusik..
”oih anak dara kawen!aku pon nk kawen jugak eh..aku tua nk kawen eh..check it out yo!!”
Hermm abes kecoh bila Mbok Miah dah lepas senjatanya. Hahhahaha sekali Mbok Miah rap ar plak..hehhehe.kepala n mataku masih lagi tertancap pada suasana luar rumah yg agak menarik perhatian seisi rumahsambil kaki berjalan menuju ke belakang rumah .Tanpa aku sedari,
” Ops..sorry!sorry!..Mai x sengaja!” aku mengangkat mukaku lalu memandang wajah yang ada dihadapan aku sekarang ini,Adam Darwis. Alahai terlanggar dia rupanya. Huuu malunyer..
”eh so k...so k .. Fira nk g mana ni? Banyak barang..bak sini..biar Adam yang bawakan”
Aku seperti dipukau terus serahkan segala besen tu pada Adam. Gulp! Fira?dia panggil aku Fira?buang tabiat ke,mana penah orang panggil aku Fira.Eh, dia tahu ke nak bawa ke mana semua benda alah tu?
” Er..er..” nak panggil apa ek?adam ke darwis ke..abang?!
”Yup” Adam menghentikan langkahnya menuju destinasi.
Uik,macam tahu jep aku nak panggil dia.hehehe bagus.
”Er..Adam tahu ke nak kene bawa ke mana semua bekas- bekas tu?” Tanyaku sambil menggaru kepala yang tak gatal.
”Ape la Fira ni,mesti la Adam tahu. Kan Adam pun ade kat sane gak..”balas Adam, lembut sambil memandang wajahku.haisyh adam niyh..jangan usya gitu..malu kawe..huhuhu
aduuss.. malu siot aku. Mana la aku tahu dia pun buat keja kat situ gak..aku mengangguk perlahan.
”Owh yeke..ehee ..er..kalau macam tu,tak pe la..er..Mai g ke depan dulu ek,nak g tengok ape2 lagi yang belum settle, k caw dulu adam!” . aku berlalu meninggalkan Adam yang tersengih kambing di situ.
'fir..fir..comel sungguh die ngan gaya clumsy die tu..eheee' desis adam.
Safira Umaira menapak ke bahagian halaman rumah.
’Hermm..nampaknya semua dah clear,tetamu pun semua dah caw..eheeeee’ aaaa leganya..semua da settle..skang ni..aku nak mandi and tidur..aku da ngantuk siot da ni..’
Safira Umaira memang terlupa sesuatu. Sesuatu yang telah mengubah hidupnya.
Selesai Safira Umaira membersihkan badan,seperti biasa,dia akan memalit sedikit aroma roses yang akan membuatkan dia tidur senyenyak-nyenyaknya sambil memeluk bebear kesayangannya. Aaaa indahnya dunia..huuuuu.Mata bulat Safira perlahan-lahan melabuhkan tirainya.Tanpa dia sedar, sesusuk tubuh melangkah masuk kedalam kamarnya dengan memberi ucapan salam.
’Larhhhhhh ...dah tido da die..’ ngomel Adam. Adam merapati Safira Umaira. Memandang wajah isterinya tanpa jemu. Entah..perasaan tenang,aman,damai dan indah tiba-tiba menyusuk hatinya. Dalam diam dia mngucapkan syukur kerana dikurniakan isteri secomel Safira Umaira. Selesai membersihkan diri, Adam mendirikan solat sunat hajat..memohon kepada Al-Khalid agar rumah tangga yang baru dibina kini sentiasa dirahmati dan dilimpahi rahmat kasih sayang dari-Nya.
Adam mengucup lembut dahi Safira Umaira buat kali kedua.’Tuhan,kau titipkanlah rasa cintaku pada isteriku.Begitu juga sebaliknya..walaupun kami belum pernah mengenal antara satu sama lain.’ Doa Adam dalam hati.Mengharap dirinya turut dicintai dan mencintai. Adam menyelimuti tubuh Safira Umaira. Adam Darwis membaringkan tubuhnya diatas katil. Dengan perlahan matanya terlelap. Malam ini.Kedua mempelai tidur dalam keletihan,begitu juga dengan seisi rumah yang lain. Hening malam berlalu dengan irama cengkerik menyanyikan lagu indah atas keraian raja sehari siang tadi.
Tepat jam 4 pagi.
Seperti biasa pada waktu ini,Safira akan terjaga untuk mengadap Yang Maha Esa. Mengadu segala hal kepadaNya,antara rahsia yang membuatkan hatinya menjadi tenang dan tabah.
’Eh,ape ni..apsal berat sangat ni?Eh gelapnye bilik..kan ke aku da pasang lampu tido before sleep?Eh,tangan saper plak yang sesedap oren jep peluk pinggang aku ni.seingat aku,aku sorang jep yang tido lam bilik ni?nak kate bebear.. hermm..bebear ade sebelah ni ha..'
safira umaira mula bingung.Dengan keadaan bilik yang gelap,dia tak dapat pastikan milik siapakah tangan yang melingkari pinggangnya. Dengan perlahan,safira umaira mengalihkan tangan yang melingkari pinggangnya.
'Perghh berat siot! macam tangan orang laki je ni. Tangan orang laki?Hah!tangan laki?! aku mejerit dalam hati.

2 comments:

  1. minta2lah penulis novel ni x jd mcm mai lupa suami sendiri..hish2 t'lps mlm pertama..hahahaha

    ReplyDelete

my fav song now on..ehee